Jangan Terpedaya Dengan 'Agen' KDN Editor iKDN | 15 Julai 09 6:10pm
Orang ramai diminta agar tidak terpedaya dengan kegiatan kelompok tertentu yang menggunakan nama KDN dan agensi tertentu yang kononnya boleh mempercepatkan permohonan mereka dengan KDN.
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata beliau memaklumi ada sesetengah 'agen' yang telah mengambil peluang ini dengan meminta bayaran perkhidmatan antara RM5 ribu - RM10 ribu dan pemohon yang terdesak selalunya akan menggunakan permintaan 'agen' ini.
"Saya tidak akan benarkan perkara ini berlaku lagi di masa saya (sebagai Menteri Dalam Negeri). Ia hanya menguntungkan pihak tertentu dan menyusahkan yang lain. Kesalahan menerima dan memberi sebenarnya bukan sahaja kepada pegawai yang menerima tetapi juga kepada pemberi (pemohon) Jika saya mendapati kelulusan satu-satu permohonan itu diperolehi dengan cara begini, percayalah saya tidak akan teragak-agak untuk menarik balik kelulusan yang diberikan. Bahkan mereka ini akan disenarai hitamkan," kata beliau.
Dato Seri Hishamuddin selanjutnya berkata tindakan tegas beliau ini kerana tidak mahu adanya tanggapan di kalangan publik bahawa permohonan boleh dibeli dan keuntungan boleh dibuat dalam urusan ini.
"Sama ada mereka melihat ini sebagai amaran atau tidak...terserahlah...janji saya, saya akan berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana dalam kes Ah Long." katanya.
iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.
Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my
Terima kasih
Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Tahukah Anda Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.