Kunjungan Hormat KSU Ke Atas Ketua Menteri Sabah
Editor iKDN | 11 Mac 10 2:55am
Deligasi Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Dato' Seri Mahmood b. Adam telah membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman. Lawatan Kerja itu bagi memaklum dan membincangkan hasrat KDN untuk memberi perhatian serius kepada beberapa isu keselamatan negara yang akan dilaksanakan di negeri itu.

Ketua Menteri Sabah memaklumi masalah isu yang dibincangkan dan menyokong penuh pelan tindakan Kerajaan Pusat. Bahkan beliau mengakui bahawa kemasukan pendatang asing tanpa dokumen telah lama membelenggu negeri itu. Selain itu kehadiran stateless children juga menjadi topik perbincangan.

Pertemuan itu berlangsung selama sejam dengan kedua belah pihak bersetuju untuk melaksanakan tindakan pada kadar segera.
--team berita ikdn
|