Giliran Rantau Panjang
Editor iKDN | 23 Februari 10 9:14am

Sejak isu pemerdagangan orang diletakkan sebagai KPI Kementerian Dalam Negeri untuk tahun 2010, semakin kerap pengurusan tertinggi KDN khususnya KSU KDN Dato' Sri Mahmood b. Adam turun padang. Jika sebelum ini beliau telah ke Johor Bharu (Johor), Limbang (Sarawak), Durian Burung (Kedah) dan Padang Besar (Perlis), pada 20 Februari yang lalu beliau ke Rantau Panjang pula.

Beliau berada di pintu masuk seluruh negara ini bukan untuk membeli belah tetapi sebaliknya memberi taklimat berkaitan informasi terkini berkaitan pemerdagangan orang.

"Tidak berbaloi jika kita terlibat dalam jenayah ini. Anda perlu ingat, 20 tahun penjara dan denda RM 500,000, jika sabit kesalahan," katanya.

Seperti kebiasaan, di penghujung sesi taklimat ini, beliau turut memberikan nombor telefon beliau kepada petugas.

"Pendekatan kerja saya; management by engagement. Sebab itu saya ke sini. Harap semua dapat menyimpan nombor saya. Kalau tidak dapat hubungi saya, boleh hubungi rumah. Jika tidak, boleh hubungi orang rumah saya," katanya.

"Selain taklimat seperti ini, kita juga telah membuat pelbagai publisiti di media. Kita juga menjalin kerjasama dengan badan antarabangsa dari Amerika Syarikat dan Australia," jelas beliau.

Walaupun taklimat diadakan pada tengah malam hampir 150 orang petugas hadir. Taklimat yang bermula pada jam 11 malam ini, turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan, Penyelidikan dan Pemantauan), Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi dan Ketua Polis Negeri Kelantan, Datuk Abdul Rahim bin Hanafi.

--team berita ikdn.

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami