“Pendidikan Untuk Semua”
Editor iKDN | 22 Februari 10 7:45am

“Jangan menganggap empat penjuru tembok ini sebagai penghalang untuk menimba ilmu pengetahuan,” kata Datuk Wira Abu Seman b. Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau yang mengadakan lawatan kerja sehari ke Penjara Sungai Petani, Kedah pada 20 Februari yang lalu berpeluang bertemu muka dengan para pesalah juvana penjara itu.

Penjara Sungai Petani yang menempatkan pesalah juvana-juvana yang berusia 21 tahun ke bawah kini dikenali sebagai Sekolah Intergriti. Ia merupakan langkah proaktif Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan setiap juvana dan banduan muda mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya. Langkah ini selaras dengan Akta 151, Peraturan-peraturan Penjara Tahun 2000 bertepatan dengan dasar dan matlamat membangunkan modal insan serta “Pendidikan Untuk Semua”.

“Tidak dinafikan ilmu pengetahuan dan pendidikan adalah medium pemulihan alternatif. Ia merupakan peluang kedua kepada juvana dan banduan muda untuk membina masa depan yang lebih cemerlang,” katanya

Selain peluang mendapatkan ilmu, Sekolah Integriti ini juga turut menyediakan skil kemahiran dan membina sikap yang positif untuk membolehkan mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

“Peluang kedua ini membolehkan mereka untuk menjadi warganegara yang produktif dan bersama-sama memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara,” katanya.

Selain kelas akademik, Jabatan Penjara juga mewujudkan kelas-kelas komputer sebagai alternatif kepada para pelajar yang kurang berminat di bidang akademik. Pengwujudan kelas-kelas komputer ini juga selaras dengan perkembangan masa kini yang lebih berteraskan ICT.

“Saya juga tidak lupa untuk menyatakan rasa penghargaan dan terharu di atas jasa serta pengorbanan guru-guru dan pegawai pelajaran yang sanggup menawarkan diri bersama-sama terkurung di dalam tembok penjara demi untuk mendidik anak bangsa yang masih memerlukan bantuan dan bimbingan. Sesungguhnya, jasa serta pengorbanan guru-guru dalam memberi sumbangan bakti amat besar dan semoga mereka mendapat balasan dan ganjaran yang sewajarnya dengan pengorbanan yang telah mereka curahkan.” Begitulah ucapan terima kasih dan penghargaan Datuk Wira Abu Seman sebelum merasmikan Sekolah Intergriti Jabatan Penjara Malaysia Aliran Vokasional dan Kemahiran.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Md Nor bin Hashim, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Khir Mohd Yusof.

--team berita ikdn

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami