Kadar Jenayah Turun Editor iKDN | 8 Februari 10 8:45am
Kadar jenayah yang dilaporkan sehingga Februari 2010 mula menunjukkan penurunan tahun ini berbanding tempoh yang sama pada 2009. Ini menunjukkan kehadiran polis mula dirasai dan kita berada di landasan yang betul.
Demikian kata ringkas yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri ketika diminta mengulas mengenai mesyuarat NKRA yang selesai diadakan sebelum pertemuan beliau dengan para persatuan pengusaha makanan dan restoran pada 6 Februari yang lalu.
"Kita akan mempergiatkan rondaan bermotosikal yang akan dilaksanakan di semua hotspots. Mesyuarat pemantauan juga akan diadakan setiap 2 minggu sekali Kita juga akan memberi perhatian kepada kes-kes tertunggak dan yang paling penting ialah PDRM tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada semua masalah jenayah. Penglibatan orang awam juga penting," katanya.
Menurut beliau lagi mesyuarat juga memutuskan untuk mengadakan 2 makmal perbincangan sebagai inisiatif berterusan agar usaha mengurangkan jenayah dapat dijayakan dengan berkesannya. Pendekatan makmal ini akan menggunakan modul yang digunapakai sebelum ini.
Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.
Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my
Terima kasih
Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Tahukah Anda Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.