Operasi Kesan Warga Asing Tanpa Permit Ditangguhkan
Editor iKDN | 8 Februari 10 8:39am

Masalah kebanjiran pekerja asing di negara ini diakui akan menjadi masalah besar kepada Malaysia jika tidak ditangani secara cepat dan berkesan. Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demikian selepas sesi perjumpaan beliau bersama 28 persatuan pengusaha kedai makan dan restoren. Pertemuan itu berlangsung pada 6 Februari yang lalu.

"Pertemuan ini bukan bertujuan untuk menunding jari kepada sesiapapun. Bahkan semua mengakui kehadiran warga asing di negara ini jika tidak ditangani akan memberi masalah kepada kita juga. Saya bersetuju untuk menangguhkan operasi mengesan warga asing (haram) kerana mengambil kira masalah mereka tetapi selepas ini saya akan bertindak." Katanya.

Dato Seri Hisham bagaimanapun menyangkal penangguhan ini bertentangan dengan kata tegas beliau sebelum ini yang tidak akan berkompromi di atas isu-isu yang berkait dengan keselamatan negara, "Betul saya memang ada berkata begitu. Tetapi jangan lupa saya juga bukan seorang yang unrealistik. Saya mengambil maklum masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha restoren dan wajar memberi pertimbangan kepada mereka untuk menangguhkan operasi mengesan warga asing (tanpa permit)."

Beliau menambah bahawa kata beliau sebelum ini akan tetap dikotakan kerana beliau seorang yang berpegang pada janji. Tempoh penangguhan tidak pula dinyatakan kerana beliau perlu melihat komitmen para persatuan yang hadir untuk memberi maklum berapa ramai pekerja asing di tempat masing-masing sama ada bekerja secara sah ataupun haram.

"Kehadiran persatuan yang berkaitan amat menggembirakan saya....ramai yang hadir. Saya gembira kerana mereka perlu tahu dan terlibat secara langsung dalam isu ini. Mereka bersetuju mengupah pekerja asing tanpa permit akan menimbulkan masalah. Mereka mengakui tidak selamanya perkara ini boleh disembunyikan," katanya.

--team berita ikdn

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami