Modul Rondaan PVR
Editor iKDN | 8 Februari 10 8:30am

"Saya sedar anggota PVR tentu hairan kenapa mereka tidak dibenarkan membawa dan menggunakan beberapa peralatan seperti senjata api dan walkie talkie. Jangan kerana perkara itu komitmen kita jatuh. Ada banyak perkara lain yang boleh kita buat selain dari memikirkan tentang penggunaan senjata api dan sebagainya," kata Dato' Sri Mahmood sebagai menjawab pertanyaan peserta PVR di satu majlis yang berlangsung di ALPHA Bangi pada 2 Februari yang lalu. PVR adalah merujuk kepada polis sukarela yang terdiri dari ahli JPAM (Jabatan Pertahanan Awam) dan RELA.

Ketua Setiausaha KDN itu menjelaskan bahawa hanya anggota PDRM dibenarkan untuk membawa senjata api ketika bertugas kerana mereka melalui tempoh latihan yang panjang. Berbanding PVR yang hanya menjalani latihan 2 minggu sahaja dan ada sebahagian dari mereka latihan dalam tugasan, anggota PDRM diwajibkan melalui tempoh latihan sekurang-kurangnya 6 bulan.

"Di atas tugas meronda itu PVR layak mendapat Tabung Perwira, boleh membuat tuntutan perjalanan semasa bertugas dan boleh menambah masa bertugas," katanya.

Kepentingan kepada PVR dapat dilihat apabila kerajaan memutuskan latihan yang berterusan akan diberikan kepada anggota RELA dan JPAM. Ketika bertugas pula mereka dibayar elaun $6.00 sejam. Kerajaan juga turut mengeluarkan surat tawaran sebagai PVR sebagai hitam putih komitmen kerajaan yang turut menyatakan keistimewaan lain yang bakal diberikan kepada PVR.

"Tugas PVR ialah meronda bersama anggota PDRM. Jadi tidak timbul soal PVR tidak diberikan senjata api, walkie talkie mahupun penggunaan motosikal polis kerana rondaan itu dibuat secara bersama. Modul rondaan telah diteliti sebelum dipraktikkan," katanya.

--team berita ikdn

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami