Warga PDRM Juga Rakyat Biasa
Editor iKDN | 5 Februari 10 10:18am

"Saya dan Kementerian (Kementerian Dalam Negeri) bersungguh untuk melihat kebajikan PDRM diberi perhatian. Kebajikan itu merangkumi elaun, kenaikan gaji, kenaikan pangkat, beban tugas, penstrukturan koperasi polis, kemudahan infrastruktur dan peralatan," kata Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein di dalam sidang akhbar beliau pada 3 Februari yang lalu.

"Seperti yang saya katakan pada tahun lepas bahawa jika kita mahu perkhidmatan terbaik maka adalah penting juga untuk kita melihat kebajikan yang diterima oleh petugas-petugas keselamatan kita. Pada Disember (2009) yang lalu saya telah mengumumkan beberapa kenaikan pangkat dan elaun anggota polis di seluruh negara," katanya.

Dato' Seri Hisham berkata usaha kebajikan dan kedudukan warga PDRM adalah merupakan usaha berterusan dan ia tidak memfokuskan kepada peringkat atasan sahaja.

"Saya berharap ini akan memberi semangat kepada mereka dalam usaha Kerajaan merealisasikan NKRA demi mengurangkan kadar jenayah. Kita jangan lupa bahwa dalam gagasan 1 Malaysia, warga PDRM juga adalah rakyat biasa dan kalau kita nak dahulukan rakyat...pihak PDRM dan warga lain dalam KDN sama ada Penjara, JPAM mahupun RELA adalah juga rakyat," katanya.

Menteri Dalam Negeri juga memaklumkan seramai 2,254 anggota dan pegawai telah diluluskan pemangkuan dan kenaikan pangkat. Jumlah ini melibatkan 744 calon inspektor yang telah dinaikkan pangkat ke Penolong Penguasa Polis (ASP) dan 1,337 anggota 'specialist'.

--team berita ikdn

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami