Personaliti KDN Bersama Sdr. Nazrimie Bin Ghazalie (Naz) - Konduktor Koir
Editor iKDN | 4 Februari 10 6:13am

Mukadimmah:
Kelibat beliau sering dilihat di majlis-majlis anjuran KDN dan Jabatan. Dengan gaya tenang beliau memimpin pasukan koirnya. Liuk lentok ayunan tangan menceritakan tentang kebolehan beliau sebagai Konduktor Koir. Berkenalanlah dengan personaliti KDN untuk minggu ini.

1. Saudara seorang konduktor koir, adakah bermakna saudara juga tahu mengubah lagu?

Naz : Mengubah lagu saya belum pernah. Koir ni pun saya ambil inisiatif sendiri untuk belajar dari seorang senior dalam bidang ini.

2. Adakah saudara memang dari lulusan pendidikan muzik?

Naz : Tidak… Minat sahaja kepada muzik dan kebetulan di JPN, saya diberi tangungjawab untuk menguruskan koir. Jadi minat itu datang secara tidak langsung, saya mencari dan ‘menggali’ sebab itu memang minat saya. Jadi belajar juga dari Amri Zain, salah seorang pengajar dalam program televisyen One In A Million. Beliau juga merupakan Konduktor Koir Kebangsaan.

3.Berapa lamakah saudara bertugas sebagai konduktor dan adakah ini merupakan tugas sebenar saudara?

Naz : Saya sebagai konduktor koir sejak tahun 2005. Ini bukanlah jawatan hakiki saya. Ini sebagai aktiviti sampingan sahaja. Jawatan sebenar saya adalah KP17 di Bahagian Latihan JPN. Saya memberi latihan kepada pasukan koir jabatan setelah diberi kebenaran secara bersurat. Jadi soal untuk mendapatkan pelepasan tidak berbangkit. Cuma saya tidak boleh buat secara sepenuh masa. Selain koir JPN, saya juga dipanggil untuk melatih koir KDN, JPN, RELA dan Imigresen Pusat Bandar Damansara.

4.Pada fikiran saudara apakah yang menyebabkan saudara dipanggil untuk melaksanakan tugas ini?

Naz : Salah satunya mungkin sebab saya kakitangan KDN, tapi di samping itu mungkin kerana mereka lihat hasil yang telah saya buat. Jadi dah ada orang dalam yang tahu tentang koir mungkin kerana itulah saya dipanggil untuk melatih koir mereka. Saya tidak menolak dan saya gembira melakukannya.

5. Jika dilihat konduktor koir yang lain, mereka mempunyai gaya atau style mereka tersendiri bila berada di atas pentas. Saudara pula bagaimana?

Naz : Saya rasa… saya punya style saya sendiri. Saya juga banyak memerhatikan gaya konduktor-konduktor koir yang lain. Kalau ada mana-mana majlis koir, saya akan pergi. Ada konduktor berpandukan beat muzik. Tapi saya lebih suka bagi isyarat kepada melodi muzik itu supaya ahli koir saya senang ikut.

Walaupun saya tidak ada latarbelakang muzik tapi kalau setakat nak bermain tidak ada masalah. Sebab saya juga menguruskan band di JPN. Saya juga sebagai penyanyi dan main alat muzik sikit-sikit… keyboard, guitar, seruling… tapi pada tahap sederhana. Basic tu memang dah ada tapi kalau betul-betul saya nak ke muzik sahaja saya perlu belajar lagilah.

6. Selain dari pakaian seragam, persembahan dan tema. Konduktor koir juga memainkan peranan dalam memberi imej kepada pasukannya.

Naz : Saya… kalau saya di depan, saya lebih suka beri isyarat yang tepat. Jikalau ahli-ahli yang saya rasa vokalnya tidak seimbang…bila mereka melihat isyarat tangan saya mereka akan faham. Sudah tentu sebelum mereka membuat persembahan, saya akan maklumkan mengenai isyarat-isyarat tangan yang akan saya gunakan. Saya mengunakan banyak isyarat dalam persembahan saya. Isyarat itu untuk bahasa badan dan juga vokal. Untuk pergerakan pun ada isyaratnya, untuk tutup suara ada, lagu sebelum habis pun ada isyaratnya, naik suara tinggi, turun suara pun ada. Mentor saya ialah konduktor koir Kebangsaan. Dia kata boleh create isyarat sendiri. Bagaimanapun jangan sampai kita tonjolkan isyarat-isyarat keterlaluan yang tidak baik.

7. Dari mana saudara mendapat ilham dan ispirasi untuk mencipta isyarat-isyarat tersebut dan berapa jumlah maksimum ahli yang pernah saudara kendalikan setakat ini?

Naz : Isyarat yang saya gunakan itu sebenarnya saya melakukan penyelidikan di Internet. Di samping itu juga saya bertanya konduktor-konduktor lain. Setiap konduktor ada gaya dan cara mereka sendiri. Mengenai jumlah ahli, setakat ini paling ramai… dalam 88 ke 86 orang ahli macam tu. Ketika itu di pelancaran MyCard di KLCC pada 2006. Itulah ahli paling besar pernah saya terlibat walaupun pada masa tu saya sebagai penasihat dan bukannya konduktor.

8. Bagaimana perasaan saudara apabila diminta mengalas tugas ini. Tidakkah saudara rasa tercabar dan bagaimana perasaan anda pertama kali on stage?

Naz : Pertama kali naik pentas memang gemuruh darah. Nak biasakan diri sorang-sorang di atas pentas pulak tu. Penglibatan saya dengan aktiviti melibatkan persembahan pentas bukan setakat koir sahaja tetapi juga tarian, kumpulan muzik dan kebetulan baru-baru ini saya dapat tempat ketiga dalam pertandingan memasak Malaysia. Saya juga dapat tempat ketiga dalam nyanyian solo lagu moden dan dalam keadaan itulah saya dapat membiasakan diri depan audience.

On stage saya rasa tidak ada masalah. Saya pernah anjurkan satu pertandingan dramatari dan pernah menjadi pengarah juara dramatari di peringkat JPN. Saya juga sebagai pemain dalam dramatari itu…sama ada sebagai penari, koreografer, pengarah dan sebagainya…pendek kata aktiviti-aktiviti yang ada di JPN itu saya sertai dan orang di JPN memberi kepercayaan kepada saya.

9. Jika di barat, profession ini sangat gah dan mendapat tempat yang tinggi pengitirafannya. Namun di Malaysia ianya kurang menyerlah serta tidak mendapat perhatian. Apa komen saudara, adakah saudara bangga dengan profession ini?

Naz : Sebenarnya dalam koir ini ada isyarat-isyarat yang perlu diketahui. Orang yang tidak berkecimpung dalam koir pasti tidak akan tahu mengenainya. Tapi bagi orang-orang koir, isyarat adalah elemen memberi dan menerima arahan secara senyap. Kelebihan membaca isyarat-isyarat ini ada pada ahli-ahli koir. Saya sangat berbangga dengan profession ini. Bila pengacara majlis menyebut nama saya, saya dapat rasakan satu kepercayaan telah diberikan kepada saya.

-- team berita ikdn

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami