Operasi Bersepadu di Plaza Tol
Editor iKDN | 3 Februari 10 12:18am

KUALA LUMPUR: Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Cheras telah melaksanakan Operasi Bersepadu bertempat di Plaza Tol KESAS menghala ke Klang pada 13 November 2009 dari jam 5.00 petang hingga 12.00 pagi. Operasi ini telah melibatkan seramai 90 orang pegawai dan kakitangan daripada pelbagai agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pakatan Relawan Rakyat (RELA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).


Ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh AADK

Di antara objektif utama operasi ini ialah membantu usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar jenayah jalanan sebanyak 20% menjelang tahun 2010, mewujudkan perkongsian bijak dengan pelbagai agensi penguatkuasaaan serta menjejaki kes-kes pengawasan tidak komplian dalam mengikuti program rawatan dan pemulihan di Agensi Antidadah Kebangsaan.


JPJ mengadakan pemeriksaan ke atas kenderaan yang ditahan

Hasil ujian saringan air kencing yang telah dijalankan oleh pihak AADK mendapati seramai 10 orang pengguna jalan raya positif dadah jenis opiate dan methamphetamine manakala pihak berkuasa yang lain telah mengeluarkan sebanyak 274 saman dan notis amaran di atas pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.


Sidang Media bersama Encik Chandrasekar A/L Subramaniam,
Ketua Cawangan Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK WPKL

Pada sesi akhir operasi, satu Sidang Media dan taklimat pelaksanaan operasi telah disampaikan oleh Encik Chandrasekar A/L Subramaniam, Ketua Cawangan Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya, operasi bersepadu ini telah berjaya mencapai objektif dan sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak AADK dan agensi penguatkuasaan yang terlibat.

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami