Petikan Penting Sidang Akhbar Timbalan Menteri Dalam Negeri Pada 14 Januari 2010
Editor iKDN | 15 Januari 10 12:35pm

PETIKAN PENTING SIDANG AKHBAR
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI

Y.B. DATUK WIRA ABU SEMAN YUSOP 
14 JANUARI 2010 

Isu ah long (Pemberi Pinjaman Wang Tidak Berlesen)

  • Pembanterasan gejala ah long oleh Kerajaan dilaksanakan melalui dua pendekatan iaitu melalui penguatkuasaan dan kempen kesedaran.
  • Sepanjang tahun 2009, setelah YB. Menteri Dalam Negeri melancarkan ‘perang besar-besaran’ terhadap ah long, kesedaran orang awam untuk membuat laporan kepada pihak penguat kuasa telah meningkat.
  • PDRM juga telah mewujudkan Task Force bagi menangani kes-kes ah long dan dilihat lebih efektif kerana dapat mengendalikan kes-kes secara spesifik, mempercepatkan siasatan dan menerima banyak aduan daripada orang ramai.
  • Kementerian Kerajaan dan Perumahan Tempatan  (KPKT) menjalankan penguatkuasaan di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (APPW) 1951.
  • Pihak KPKT juga sedang membuat kajian dan pindaan terhadap APPW 1951.
  • Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan Task Force pembanterasan ah long sepanjang 2009 bagi meningkatkan kesedaran orang ramai ialah:
      • Pameran
      • Dialog & Masyarakat
      • Ceramah
      • Program Bertemu Pelanggan
      • Mesyuarat Dengan Penduduk
      • Kempen Pencegahan
      • Media Cetak/Elektronik
      • Menurunkan Poster/Iklan
      • dan lain-lain
  • Segala usaha oleh pihak kerajaan ini jelas menunjukkan bahawa pihak Kerajaan tidak akan berkompromi dan sentiasa bersikap tegas terhadap ah long di negara ini demi memastikan kegiatan-kegiatan haram ini berjaya dikekang dan dihapuskan sehingga ke akar umbi.
  • Syarikat Hi-Q Media (M) Sdn. Bhd. telah menawarkan ‘airtime’ pada skrin di jalan-jalan raya di setiap negeri iaitu menggunakan media digital elektronik. Media ini digunakan bagi memaparkan gambar-gambar mangsa pemberi pinjaman ah long  dan sebagainya.
  • Pindaan Undang-Undang diberi penekanan terhadap 2 isu iaitu:
      • Tangkapan Tanpa Waran
      • Hukuman Lebih Berat.

Kerajaan juga meminta kementerian Kewangan untuk mengkaji penggunaan ‘kad kredit’ sebagai mekanisma pinjaman untuk mengelak orang ramai dari meminjam dari ah long. 

--team berita ikdn

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami