Petikan Penting Sidang Akhbar Menteri Dalam Negeri Pada 11 Januari 2010
Editor iKDN | 12 Januari 10 7:19am

PETIKAN PENTING SIDANG AKHBAR MENTERI DALAM NEGERI 
DATO' SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN 
11 JANUARI 2010
 

Usaha Menambah Kehadiran Polis di Kawasan Panas Melalui Program Sukarelawan Simpanan Polis (SSP)

  • Kita sudah kenal pasti 50 kawasan panas dan di dalam 50 kawasan ini,  40 balai polis di 4 negeri yang terlibat.
  • Saya hari ini turun ke Hentian Puduraya kerana ia merupakan kawasan paling panas. Dari segi jenayah-jenayah jalanan dan jenayah-jenayah yang kita nak turunkan.
  • Saya sendiri berkesempatan meluangkan masa sekitar Hentian Puduraya yang merupakan salah satu kawasan utama rakyat dan terletak di bawah seliaan Balai Polis Tun HS Lee untuk meninjau usaha menambah kehadiran polis di kawasan ini.
  • Saya memilih lokasi ini kerana kawasan-kawasan di bawah seliaan Balai Polis Tun HS Lee ini seperti Bukit Bintang, Hentian Puduraya dan Jalan Petaling mencatatkan kadar jenayah jalanan yang tertinggi di antara 50 kawasan panas seluruh negara.
  • Seperti mana yang disasarkan di bawah Bidang keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkenaan jenayah, pihak KDN kini sedang giat menambah kehadiran polis (police presence) di kawasan-kawasan panas atau hotspots yang kerap berlaku jenayah di seluruh negara.
  • Maka saya nak umumkan di sini bahawa 10 balai polis yang menerima laporan kesalahan, enam merupakan balai-balai di Kuala Lumpur, tiga di Johor dan satu di Selangor.
  • Lima yang tertinggi Balai Tun HS Lee, Balai Central dan Balai Tampoi di Johor, Balai Cheras Kuala Lumpur, dan Balai Klang di Selangor.
  • Jadi tahun baru ini lawatan saya turun ke bawah kita mulakan dengan Balai Tun HS Lee yang merupakan balai yang di antara tertinggi jika dibandingkan dengan dengan 10 balai di kawasan-kawasan panas lain.
  • Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat walaupun kita belum roll out lagi usaha kita ini.
  • Kita tengok kadar dan laporan kesalahan jalanan di Balai Tun HS Lee sudah menurun jika nak dibandingkan dengan tahun pada November 2008, jumlahnya  105 meningkat ke 143 pada Disember 2008.
  • Tahun lepas  jumlahnya pada November 122 telah pun menurun ke 102 dan ini bermakna pada bulan Disember 2009 kita tengok penurunan daripada 143 kepada 102.
  • Ini menunjukkan petanda yang baik tetapi usaha kita untuk memastikan bahawa kehadiran pihak-pihak yang terlibat ini bekerjasama dengan pihak UDA, DBKL merupakan satu pendekatan dari segi rangkaian.
  • Untuk perancangan jangka panjang iaitu melibatkan RELA dan JPAM.
  • Hari ini saya nak umumkan seramai 1533 orang melibatkan 1042 anggota RELAdan 490 anggota JPAM akan mula bertugas sebagai anggota SSP.
  • SSP ini akan bertugas di 50 kawasan panas di seluruh negara.
  • Ini untuk jangka masa sederhana dan jangka masa pendek.
  • Untuk jangka masa panjang di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, saya sudah bincang dengan pihak Tan Sri IGP bagaimana kita boleh tambah, naik taraf, bina baru pusat-pusat latihan polis supaya jumlah polis kita untuk memenuhi keperluan negara.
  • Saya harap bahawa dengan apa yang kita lakukan ini, usaha untuk memastikan NKRA yang telah diumumkan oleh YB Perdana Menteri bukan sahaja dapat dikecapi tetapi ia dapat mengenalpasti semua pihak yang berkepentingan.
  • Melalui tinjauan pada hari ini saya dapati perlaksanaan usaha ini telah berjalan dengan baik dan para SSP telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap tugasan baru mereka dalam membantu pihak polis terutama melibatkan aktiviti rondaan.
  • Saya yakin jika usaha ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, kadar jenayah di kawasan-kawasan panas ini akan mencatatkan angka penurunan.
  • Selepas ini kita akan umumkan lagi beberapa inisiatif termasuklah balai bergerak, motor-motor yang telahpun kita tempah untuk digunakan di jalan raya.
  • Beberapa perkara pihak PDRM sendiri mengenalpasti menambah nilai kepada agenda dan inisiatif kita untuk mengurangkan jenayah di kawasan-kawasan berkenaan.
  • Mereka telahpun dilatih dan jika mereka bergerak pun bersama-sama pegawai PDRM. Ini untuk memastikan bahawa dari segi prosedur, disiplin, dan sasaran dapat memenuhi sasaran bukan sahaja oleh pihak berkepentingan di dalam agensi masing-masing tetapi oleh rakyat juga.
  • Ini tidak bermakna negeri-negeri lain tidak terlibat tetapi kita lihat jika keempat-empat negeri ini jika berjaya dalam pendekatan kita, kita dapat perluaskan di negeri-negeri lain.
  • Segala usaha serta pendekatan yang dilakukan ini bukan semata-mata bertujuan membantu pihak PDRM dalam menurunkan kadar jenayah serta merealisasikan NKRA yang telah ditetapkan, tetapi juga bertujuan meningkatkan imej JPAM dan RELA di mata masyarakat.
Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami