Temubual Personaliti KDN bersama Pak Tahir
Editor iKDN | 1 Disember 09 2:43am

Saat kali pertama disapa oleh lelaki dalam unifom biru ini tiada yang menarik hati. Seperti biasa senyum dibalas senyum dan sapaan bertanya khabar juga dibalas dengan pertanyaan yang sama. Kata orang...budi dibalas budi.

Namun setiap kali bertemu, sapaan lelaki berunifom biru ini yang mesra dipanggil Pak Tahir ini mula menarik perhatian. Walhal sapaan itu hanyalah ulangan soalan yang sama seperti hari-hari kelmarin. Tidak jenuh beliau menegur dan sering kali disusuli dengan sekuntum senyuman yang cukup menyejukkan pandangan mata.

“How are you today? I am happy to see you again... dan pelbagai lagi sapaan mesra yang menggembirakan hati. Baru saya perasan Pak Tahir menyapa saya dalam Bahasa Inggeris. Perbualan yang lain juga dalam Bahasa Inggeris. Lalu kelainan beliau menarik perhatian team berita ikdn untuk Personaliti KDN pada minggu ini.

************************************************

S1: Pak Tahir tidak keberatan untuk ditanya tentang nama penuh?

J: Saya Pak Tahir atau Tahir Bin Jalaluddin berusia 55 tahun. Saya sudah 16 tahun bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Kementerian Dalam Negeri. Sebelum ini saya bekerja sendiri.

S2. Pak Tahir selalu dilihat memberi sapaan dalam bahasa Inggeris menjadikan Pak Tahir lain dari orang lain? Apakah pandangan Pak Tahir tentang Bahasa Inggeris

J: Saya dah biasa. Dari dulu lagi saya tidak kekok untuk bertanya khabar dalam bahasa Inggeris dan saya rasa tidak ada salahnya. Bahasa Inggeris adalah satu subjek yang penting buat saya. Masa kecil-kecil dulu sejak sekolah lagi saya dah mula dibiasakan belajar dalam bahasa Inggeris. Kita dulu-dulu semua dalam bahasa Inggeris. Daripada saya sekolah rendah hingga habis tingkatan lima memang Bahasa Inggeris digunakan dalam pembelajaran saya.

S3. Tahap kemahiran Bahasa Inggeris Pak Tahir bagaimana? Fasih atau sekadar 'cukup makan'?

J: Bukan mahu berbangga kerana percakapan saya dalam Bahasa Inggeris amat fasih. Ini kerana saya banyak dan suka membaca dalam Bahasa Inggeris. Walaupun saya tidak dapat menggunakan bahasa ini dengan orang-orang sekililing saya tetapi melalui pembaca, ia memberi latihan kepada saya. Praktis dari semasa ke semasa itu penting. Jika kita membaca surat khabar atau bahan bacaan kita jangan hanya baca di dalam hati tetapi kita membaca dengan mulut bercakap (kuat). Dengan secara serentak kita dapat melatih diri kita bercakap dalam Bahasa Inggeris di samping kita akan berjumpa perkataan yang baru. Saya tidak straight dengan anak-anak atau cucu dalam berbahasa Inggeris ini kerana pertukaran pembelajaran di sekolah kita hari ini kepada Bahasa Melayu...Bahasa Ingggeris masih diajar tetapi tidak ditekankan sangat.

S4. Apakah perasaan Pak Tahir bila dapat bercakap dan bertutur dalam Bahasa Inggeris

J: Saya berasa bangga dapat bercakap dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bukan bermakna saya tidak menghargai Bahasa Melayu saya. Selalunya saya tengok siapa lawan saya. Jika dimulakan dengan bahasa Inggeris maka jawapan saya akan dalam bahasa Inggerislah. Jika dalam bahasa Melayu maka dalam Bahasa Melayulah. Saya tidaklah kata 'orang putih' 24 jam. Tengok keadaan dan suasana.

S5. Adakah Pak Tahir malu untuk bercakap dalam Bahasa Melayu?

J: Tidak sesekali. Boleh bercakap bahasa Inggeris adalah satu kebolehan kepada saya. Dan mengapa saya perlu takut untuk bercakap bahasa Inggeris sekiranya ia boleh memberi kepuasan kepada saya. Terus terang saya katakan keyakinan diri saya bertambah bila saya bertutur dan bercakap dalam bahasa Inggeris.

S6. Pada pandangan Pak Tahir...adakah penggunaan Bahasa Inggeris mampu mempercepatkan matlamat 1Malaysia?

J: Untuk mencapai konsep 1Malaysia dengan menggunakan Bahasa Inggeris pada pemikiran saya belum sampai ke tahap itu. Peralihan daripada Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris melibatkan masa yang lama untuk betul-betul sebati. Bahasa Inggeris ini nak cakap lain, nak faham pula lain. Sesiapa sahaja boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris tapi tahap pemahaman susah sebenarnya. Kadang-kadang klien pernah tanya bagaimana saya boleh bercakap dengan fasihnya dalam Bahasa Inggeris. Walhal kerja saya yang macam ni tidak memerlukan saya berhubung dalam bahasa Inggeris pun...sekali sekala adalah. Tapi oleh kerana saya mengamalkan budaya membaca buku-buku berbahasa Inggeris maka ia membolehkan saya untuk bercakap dengan semua orang.

S7. Pak Tahir katakan tadi kerja Pak Tahir tidak pun memerlukan Pak Tahir untuk tahu berbahasa Inggeris jadi dari mana datangnya semangat untuk terus bercakap dalam bahasa ini?

J: Sifat ini adalah semulajadi datang daripada diri saya sendiri. Selalunya tanggapan tetamu yang datang ke kementerian mereka akan berangggapan semua kakitangan akan bertutur dalam Bahasa Malaysia. Kalau boleh kementerian buat satu hari dalam seminggu atau sebulan sekali untuk semua warganya bertutur dalam bahasa Inggeris. Saya masih ingat masa sekolah dulu kita dilarang bercakap bahasa Melayu dalam subjek bahasa Inggeris.

Taktik itu berjaya melahirkan mereka yang tahu berbahasa Ingggeris walau sekadar untuk kegunaan biasa. Walaupun benda yang kita cakap itu tidak betul, kita buat sahaja kerana lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan. Saya memang nak cadangkan bulan Bahasa Inggeris ini. Di sekolah dahulu ada sahaja minggu Bahasa Inggeris. Maaflah jika saya katakan di sini, ada peringkat pegawai samada PTD sekalipun pun... ada yang Bahasa Inggeris mereka tidak bagus. Mereka patut malu dengan saya seorang pengawal keselamatan.

S8. Dulu ada dibangkitkan isu pertukaran bahasa dalam pembelajaran beberapa matapelajaran dalam Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris dan kemudian kembali ke Bahasa Melayu, apakah pandangan PakTahir?

J: Saya rasa perkara ini tidak patut menjadi isu. Semua orang perlu tahu kepentingan berbahasa dalam pelbagai bahasa. Fikirkan lah apabila kita keluar negara. Bahasa Inggeris adalah bahasa utama dunia. Bahasa universal, di mana sahaja kita pergi di luar negara Bahasa Inggeris adalah bahasa perantara utama. Contohnya negara Singapura, bahasa pertuturan mereka ada dua iaitu Bahasa Cina Dan Bahasa Inggeris, kedua-duanya bergerak seiring, tidak pun timbul sebarang masalah.

--team berita ikdn

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami