Temubual Eksklusif Bersama Datuk Zaman Khan
Editor iKDN | 28 September 09 12:14am


Temubual Eksklusif Bersama Datuk Zaman Khan (DZK) Mantan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman berkaitan kutipan pendapat Portal Berita iKDN Mengenai Imej Polis Di Mata Masyarakat Kini.

S1: Antara Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor, keputusan undi ikdn menunjukkan Pulau Pinang menjadi pilihan sebagai negeri paling selamat antara yang tidak selamat. Apa pandangan Datuk mengenai susunan senarai ini?

DZK: Memang dari dulu lagi keempat-empat negeri ini sebenarnya tinggi dari segi kadar jenayah...ia tidak selamat dari dulu lagi. Suatu ketika dulu masa zaman saya di peringkat kadet polis, saya diberi pilihan untuk empat negeri ini, saya diminta pilih untuk ditempatkan di mana…dan ketua saya memberitahu bahawa jika saya mahu menjadi polis yang baik yang hebat... maka saya tidak harus memilih untuk bertugas di antara salah satu negeri yang disebutkan tadi. Maka saya memilih Ipoh. Merujuk kepada soalan tadi di mana Polis telah menyenaraikan empat negeri paling tidak selamat mungkin betul tindakan itu. Negeri-negeri itu menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi...ibarat sebuah mangkuk yang penuh dengan madu. Negeri-negeri ini pesat dalam industri perkilangan, menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Bukan sahaja orang tempatan luar bandar yang datang bahkan "foreigner" juga datang mencari nafkah…tapi kos sara hidup di bandar amat tinggi ditambah lagi dengan keperluan kepada hiburan menyebabkan mereka terdorong melakukan jenayah. Jika dilihat, bermulanya suatu jenayah tu dari pekan atau bandar. Makin besar bandar itu makin tinggilah kadar jenayah yang berlaku. Negeri-negeri ini juga menjadi tumpuan mereka yang tidak sihat (jahat).

S2: Bunyinya seperti masalah sosial atau kejadian jenayah itu perkara normal?

DZK: Memang perkara normat. England suatu masa dulu, tidak wujud pun jenayah jalanan tapi sekarang telah wujud. Negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah pun menghadapi masalah yang sama. Jenayah kini adalah isu global.

S3: Tapi kenapa ia begitu dirasai sekarang. Seolah-olah ia seperti virus yang menyerang secara tiba-tiba?

DZK: Zaman telah berubah. Kalau dulu mana ada dengar kes-kes ragut di tepi jalan. Dulu masyarakat kita takut dengan kes-kes rompakan yang besar-besar...tapi tidak dengan jenayah ajlanan...mana ada kes ragut macam hari ini, lebih-lebih lagi ragut yang membawa maut..penjenayah hari ini bijak. Di Amerika Syarikat sendiri pun tidak selamat. Maknanya di sini cara penjenayah mendekati mangsa kini lebih bijak. Saya pun kadang-kadang rasa tidak selamat kalau nak keluar membeli belah di Kuala Lumpur. Kita kini terdedah kepada segala jenis jenayah. Ia menjadikan orang ramai panik dan takut.

S4: PDRM telah menyenaraikan kawasan tertentu sebagai 'hot spots'. Tidakkah dengan cara ini menakutkan orang ramai?

DZK: Dulu pun senarai sebegini dah ada tapi dalam bentuk yang kecil sahaja. Dulu pegawai jenayah yang bertugas akan plot (mengenal pasti) kawasan-kawasan panas di dalam peta dan kita dapat lihat taburan jenayah berdasarkan peta yang telah di'plot' tadi. Plot-plot tersebut akan dikategorikan mengikut warna berdasarkan kepada jenis jenayah. Mungkin benar senarai sebegitu akan membuatkan orang ramai cuak dan takut tapi orang ramai juga kena berfikiran positif...mereka kena rasional. Mereka tidak perlu bimbang sebab itu adalah strategi dan yang bagusnya kerana dari masa ke masa bilangan anggota polis juga sudahpun meningkat dan apa yang penting, polis kita kini juga lebih proaktif, dan saya bersetuju dengan pendedahan senarai 'hot spots'. Ia perlu dilihat dari segi penumpuan dan penggunaan "resources" dengan lebih berkesan. Betul, sekarang peralatan lebih lengkap tapi kita perlu ingat yang masyarakat kita juga lebih maju, dan semakin ramai. Fenomena ini boleh menyebabkan jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja. Rakyat tidak perlu merasa bimbang kerana tujuannya untuk menangkap penjenayah. Saya bersetuju dari segi konsentrasi tindakan.

S5: Penjenayah hari ini kreatif...bijak?

DZK: Penjenayah ini tidaklah bijak tetapi sebagai manusia. Penjenayah juga ada mekanisma berfikir. Misal kata mereka sudah tahu tumpuan Polis di satu-satu kawasan maka mereka akan 'beroperasi' di tempat yang lain pula. Mereka akan menjadi lebih bijak bila mereka kecewa, frustrated...orang yang terdesak mendorong mereka menjadi lebih berani. Mereka (Penjenayah) terdesak kerana keperluan wang yang banyak. Itulah yang menyebabkan jenayah jalanan (street crime) ini muncul. Saya berpendapat taburan polis keluar meronda perlu diperbanyakkan. Memang benar Balai Polis perlu ada anggota yang ramai tetapi lebih proaktif, mereka perlu keluar meninjau kawasan-kawasan yang ada potensi berlakunya jenayah supaya kehadiran polis yang kerap akan memberi cuak kepada penjenayah. Dari dulu lagi saya tidak setuju dengan balai polis yang banyak. Yang penting ialah tugas meronda yang lebih kerap.


S7: Bagaimana pula Datuk melihat hubungan antara Polis dan Masyarakat? Saling memahami atau menyerahkan bulat-bulat tugas keselamatan kepada Polis?

DZK: Di kawasan perumahan kita masa kini kebanyakkan menggunakan perkhidmatan 'security guard'. Jadi Polis boleh memberi tumpuan di tempat lain. Pegawai Polis pada zaman saya dulu hanya 98 orang sahaja...tetapi kini lebih ramai jadi tidak hairanlah harapan yang diberikan orang ramai kepada Polis juga tinggi.

S8: Pada pandangan Datuk, status keselamatan di Kuala Lumpur (KL) dulu dan kini bagaimana?

DZK: Kadang-kadang...secara peribadi saya rasakan KL ni tidak lagi selamat. Mungkin kerana saya sendiri pernah menjadi mangsa. Walaupun saya ini bekas Polis tetapi itu tidak bermakna saya tidak akan menjadi mangsa. Susah jug amahu menjawab soalan ini kerana kadang-kadang satu-satu kejadian jenayah itu berlaku tanpa didudga oleh kita meskipun pelbagai usaha telah kita lakukan demi menggelak diri kita dari menjadi mangsa penjenayah.

S9: Jadi Datuk bersetujulah penjenayah hari ini kreatif? Untuk berlawan dengan mereka (penjenayah) maka orang ramai perlu lebih kreatif?

DZK: Sejujurnya begini...satu-satu jenayah yang berlaku sebenarnya tidak membuatkan Polis boleh duduk diam. Mereka tidak akan tenang selagi kes itu tidak diselesaikan. Bukan Polis tidak membuat pelan dan strategi tetapi teknologi peralatan keselamatan juga perlu diberi perhatian. Penambahan anggota Polis juga hendaklah sesuai dengan jumlah masyarakatnya. Latihan yang diberikan juga harus sesuai dengan cabaran semasa. Anggota Polis juga telah diberi gaji baru satu motivasi buat mereka. Banyak faktor yang menyumbang kepada jenayah jalanan ini. Pengaruh dadah, penghijrahan ke bandar, peningkatan kos hidup...inilah yang mendorong kepada jenayah jalanan. Dulu hanya terdapat jenayah pecah rumah sahaja tapi sekarang...ia berkembang.

 

S11: Bagaimana pula Datuk melihat imej Polis di mata orang ramai?

DZK: Ya...orang ramai sepertinya hilang rasa hormat Polis. Sebagai contoh...dulu-dulu, kalau orang awam jumpa mana-mana anggota Polis sama ada di tepi jalan atau di mana sahaja, orang awam akan tegur dengan hormat tapi sekarang bila polis melancarkan operasi seperti sekatan jalanraya...habis dilanggarnya Polis. Sebagai bekas anggota Polis, apabila orang ramai kutuk Polis...saya yang pencen ni masih terasa. Saya rasa ia bukan soal kecekapan yang menurun kerana hari ini semakin ramai anggota dan pegwai Polis yan gmemiliki kelulusan akademik yang tinggi-tinggi. Soalnya sekarang ialah corak dan strategi jenayah telah berubah. Soal Polis yang korup, say atidak setuju kalau dikatakan ia sepunhnya berpucna dari itu. Memang ada yang mengambil rasuah tetapi masih ramai yang bekerja dengan jujur dan amanah. Dalam perkara ini jangan salahkan anggota Polis kerana bertepuk sebelah tangan pasti tidak akan berbunyi. Kedua-dua pihak yang memberi dan menerima adalah salah. Jadi jangan salahkan pihak polis semata-mata.

S13: Pesanan Datuk kepada anggota Polis muda, masyarakat dan anak-anak remaja kita.

DZK: Pesanan saya...kerjasama di antara pihak Polis dan masyarakat amat penting. Segera maklumkan kepada pihak berkuasa jika ada yang tidak kena. Tanpa Polis yang cekap, negara ini tidak akan aman. Negera yang tidak aman tidak akan makmur. Tanpa PDRM, peningkatan ekonomi kita tidak akan ke manapun. Kepada anggota Polis muda...bertekadlah untuk perkhidmatan yang ikhlas, jujur dan bersungguh. Jangan lakukan tugas sambil lewa. Bertindak dengan betul sebab kelemahan-kelemahan akan mendedahkan profesion ini kepada tohmahan. Jika dulu Polis dihormati dan ditakuti tetapi sekarang tidak lagi. Dengan pendidikan yang diberikan, saya berharap imej itu dapat dipertingkatkan lagi dan saya berharap budaya hormat-menghormati akan kembali subur.

--team berita ikdn

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami