'Cerita Malaysia'
Editor iKDN | 17 September 09 7:01am

"Hari ini kita ketepikan 'cerita' kita...kita mulakan hari ini dengan 'cerita Malaysia', ucap Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada lebih dari 400 hadirin yang memenuhi Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya.

16 September pasti akan menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan kepada 172 penerima taraf warganegara Malaysia. Penerimaan ini diberikan di bawah Perkara 15A, Perkara 15(1), Perkara 15(2), Perkara 16 dan Perkara 19(1).

"Hari ini tuan puan sudah memasuki fasa baru sebagai rakyat Malaysia yang diiktiraf maka akan bermulalah perjalanan baru anda bersama sebuah negara hebat bernama Malaysia. Jika Malaysia tidak hebat masakan tuan puan semua sanggup bersabar dan bersusah payah menunggu saat diterima dan diiktiraf sebagai rakyat tanah pertiwi ini," katanya.

 

Majlis Penyerahan Surat Ucapan Tahniah dan Surat Kelulusan Penganugerahan Taraf Warganegara Malaysia ini turut dihadiri oleh dua timbalannya iaitu Datuk Wira Abu Seman b. Yusop dan Tuan Jelaing Anak Mersat. Ketua Setiausaha Kementerian Dato' Seri Mahmood b. Adam bersama Pegawai Atasan Kementerian Dalam Negeri turut hadir. Turut kelihatan ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

"Saya mohon agar makna tersirat di sebalik penyerahan Anugerah Taraf Warganegara ini difahami. Negara ini wajar diberi rasa kasih, sayang, cinta dan hormat dalam erti kata yang sebenarnya. Buktikanlah bahwa anugerah ini membawa makna yang cukup besar kepada diri dan seisi keluarga yang ada."katanya.

Beliau juga mengingatkan para penerima anugerah warganegara ini agar menerima Malaysia secara total. Baik niat, visi, misi mahupun prinsip Rukun Negara. Kesediaan untuk berkorban dan memberi bakti kepada negara ini adalah sumpah kewarganegaraan yang hakiki.

"Jadilah benteng kekuatan negara ini di kala kita menghadapi cabaran dan realiti baru. Kepada kalangan penerima dan seisi kaum keluarga, sangguplah ke depan, memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara ini," katanya lagi.

--team berita ikdn

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami