Sumbangan Aidil Fitri
Editor iKDN | 16 September 09 6:30am

Seramai 181 orang kakitangan sokongan Kementerian Dalam Negeri diraikan dalam majlis ringkas sumbangan Aidil Fitri KDN yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dato' Sri Mahmood b. Adam. Majlis yang mengambil tempat di Dewan Gemilang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Dato' Mohd Nor Hashim serata Setiausaha-setiausaha Bahagian.

"Kita wajar mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai kanan KDN kerana bermurah hati menyumbangkan bantuan kewangan peribadi mereka agar majlis ini dapat dijayakan. Ia ibarat projek komuniti dalam kementerian," ucap KSU.

Sejumlah $22,000 telah berjaya dikumpulkan dengan $2,000 disumbangkan oleh Percetakan Nasional Berhad. Kakitangan bertuah yang terdiri dari pekerja am rendah, pemandu dan pengawal keselamatan masing -masing menerima duit raya dan hamper.


Dato' Sri Mahmood b. Adam

"Berdoalah agar pegawai-pegawai kita cepat naik pangkat jadi tahun depan akan dapat lagi..." Usik Dato' Sri Mahmood sambil disambut dengan gelak ketawa hadirin.

Majlis ini merupakan acara tahunan KDN yang tidak pernah gagal dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu. Kelab KDN bergerak aktif dalam memastikan acara yangmerupakan sebahagian dari aktiviti kelab ini tidak terhenti. Tahun ini menyaksikan peningkatan penerima sumbangan. Pada tahun lalu penerima sekitar 150 orang sahaja.


Kakitangan-kakitangan sokongan yang hadir dalam majlis ini

Pemberian hamper mengandungi, biskut-biskut raya, kain dan kordial minuman. Rata-rata penerima yang ditemui melahirkan rasa syukur mereka. Walaupun pemberian ini tidak sebesar mana namun amat memberi erti kerana ia menyatakan ingatan tulus iklhas pegawai-pegawai atasan KDN.

--team berita ikdn

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami