Petikan Penting Sidang Akhbar Menteri Dalam Negeri Pada 13 September 2009 Editor iKDN | 14 September 09 1:33pm
PETIKAN PENTING SIDANG AKHBAR MENTERI DALAM NEGERI
DATO' SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
13 SEPTEMBER 2009
SUKARELAWAN PASUKAN POLIS
Ahli JPAM dan RELA yang terpilih telah pun digerakkan di kawasan panas dalam usaha Kerajaan membanteras jenayah jalanan.
Saya berpuas hati dengan modul-modul latihan cuma soal penjadualan akan diberi perhatian kerana SPP ini mempunyai kerja tetap mereka.
Perbincangan dengan majikan masing-masing akan dibuat agar kerja sukarela ini tidak menganggu kerja asas mereka
sementara pada masa yang sama semangat kesukarelawan ini dapat disemarakkan.
Tahniah kepada JPAM kerana bukan sahaja berjaya melancarkan pakaian seragam baru tetapi JPAM kini juga berdaftar dengan ICDO yang berpejabat di Geneva.
Fasa pertama untuk SSP ini sudah pun turun padang. Fasa kedua ini akan lebih kemas dari segi modul dan perisian yang berdasarkan respon dari Fasa 1 itu.
AHLONG
Isi ini kini berada dalam keadaan terkawal. janji kit sebelum ini untuk membanteras hingga ke lubang cacing.
Jika tidak berkesan kenapa kepala-kepala ahlong ini telah melarikan diri ke luar negara?
Tindakan mereka yang menjadikan keluarga peminjam dan sanak saudara peminjam sebagai sasaran adalah tidak patut dan itulah yang kita kesalkan.
Kepala-kepala ahlong ini boleh lari tetapi mereka tidak akan terlepas.
PASPORT MAMPU MILIK
Jaminan saya ciri-ciri keselamatan pasport ini masih sama, masih menepati piawaian antarabangsa cuma kosnya lebih murah.
Jangan diragukan aspek keselamatan pasport ini kerana apa yang saya umumkan sebelum ini ialah bayaran yang lebih rendah sahaja.
iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.
Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my
Terima kasih
Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Tahukah Anda Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.