Tiada Siapa Yang Istimewa
Editor iKDN | 13 September 09 3:01am

"Tiada sesiapa pun yang mengatasi undang-undang, tiada siapa pun yang istimewa, jika jelas undang-undang telah dilanggar dan seseorang itu terbukti boleh disabitkan maka orang itu tidak akan kebal dari undang-undang. Malah telah saya katakan sebelum ini...saya sendiri juga walau saya Menteri Dalam Negeri...saya tidak kebal undang-undang. Saya bersedia untuk diambil tindakan undang-undang jika benar saya telah melakukan kesalahan."


Dato' Seri Hishammuddin ketika diperiksa oleh pengawal bertugas

Itulah antara kata jawapan yang sering diberikan oleh Dato' Seri Hishmammuddin Tun Hussein kala ditanya adakah tindakan undang-undang akan diambil kepada pencetus satu-satu isu yang memudaratkan. Nyata jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri bukan pasport untuk mengenepikan peraturan yang ditetapkan yang wajar dipatuhi.

Ketika berkunjung ke Penjara Kajang baru-baru ini untuk rakaman takbir raya bersama banduan, sebelum memasuki ruang lawatan terhad yang tidak dibuka kepada orang awam, prosidur yang perlu dipatuhi ialah pengunjung akan diperiksa oleh pengawal penjara. Pemeriksaan itu menggunakan alat pengesan khas. Apa juga barangan mesti ditinggalkan di peti khas berkunci. Menterii Dalam Negeri sendiri tidak terkecuali. Jabatan Penjara Malaysia adalah salah satu dari lapan jabatan yang dibawah kuasa dan tanggungjawab Menteri Dalam Negeri.

Namun kepada Dato' Seri Hishammuddin, beliau tidak kekok untuk diperiksa oleh pengawal bertugas.

--team berita ikdn

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami