Garis Panduan Penapisan Filem Yang Baru
Editor iKDN | 12 September 09 3:15pm

PETIKAN PENTING SIDANG MEDIA BERSAMA
Y. BGH. DATO’ SRI MAHMOOD BIN ADAM,
KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN DALAM NEGERI

SEMPENA SESI DIALOG BERSAMA KARYAWA FILEM
PADA 12 SEPTEMBER 2009, BILIK SIDANG MEDIA KDN.

Bersempena sesi dialog antara Ketua Setiausaha KDN, Y. Bhg. Dato’ Sri Mahmood Bin Adam, satu sidang media berkenaan pindaan garis panduan penapisan filem telah diadakan.
Berikut adalah antara isi penting sidang media tersebut:

Isu: Garis Panduan Penapisan Filem Yang Baru.

  1. Garis panduan yang baru akan melibatkan pembabitan semua pihak demi memantapkan kontennya.. Semua badan terbabit diharap saling bekerjasama menyumbang atau idea untuk garis panduan yang baru.
  2. Garis panduan (baru) akan menggantikan garis panduan yang telah digunapakai dan telah berusia 16 tahun (sejak tahun 1993).
  3. Penggiat filem akan turut sama dalam jawatankuasa berkenaan tapisan dan rayuan.
  4. Begitupun, beberapa aspek berkait dengan sensativiti masyarakat dikekalkan. Contohnya isu perkauman, agama dan institusi beraja.
  5. Susulan dari sesi dialog ini, satu mesyuarat kerja antara Kementerian bersama penggiat filem, Ahli Lembaga Penapisan Filem, Jawatankuasa Rayuan Filem, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Korporat, MOSTI, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan wakil-wakil pelajar dari institusi pengajian tinggi akan diadakan.
  6. Mesyuarat kerja terbabit dijangka akan diadakan pada Oktober 2009.
  7. Garis panduan akan dibuat bersama dengan harapan ia akan dipatuhi bersama.
  8. Sementara menunggu garis panduan yang baru digubal, para penggiat filem masih boleh merujuk kepada garis panduan sedia ada.

--team berita ikdn.

 

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami