MDN Di Hot Spot Puchong
Editor iKDN | 13 September 09 2:50am
Ia bukan gimik atau demi meraih sebuah populariti. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein melakukannya lagi kali ini. Diriingi oleh dua orang timbalannya, Datuk Wira Abu Seman b. Yusop dan Tuan Jelaing Anak Mersat, kali ini Menteri Dalam Negeri turun menjenguk hot spot Puchong pada 9 September yang lalu. Ini merupakan tindakan kedua beliau meninjau 50 kawasan panas yang dikenalpasti oleh PDRM. Sekitar Jun yang lalu Dato Seri Hisham telah menjenguk kawasan panas Chow Kit.

Biar bermandi peluh...biar berpuasa, rombongan Menteri Dalam Negeri ini menyusuri jalan-jalan sekitar kawasan perniagaan di bandar Puchong. Orang ramai dan golongan peniaga tidak melepaskan peluang bersalam-salaman. Tinjauan itu berlangsung selama hampir 3 jam.

Dalam sidang akhbar beliau selepas tinjauan itu, Dato Seri Hisham berkata canopy base yang diwujudkan oleh PDRM adalah sebagai tanda 'kehadiran'. Ia dipilih berdasarkan faktor seperti dekat dengan kemudahan awam, kedai-kedai dan pusat orang ramai.

"Saya berpuas hati dengan tindakan dan usaha yang telah diambil oleh PDRM. Saya yakin kita boleh mencapai KRA yang telah kita janjikan kepada rakyat. Hasrat Kerajaan ialah kadar jenayah jalanan dapat dikurangkan kepada 20% dan keselamatan rakyat diutamankan.. Pengwujudan canopy base Polis ini di 50 kawasan panas yang lain membawa mesej tertentu." Katanya.

"Penglibatan semua pihak sama ada NGO, Swasta, GLC seperti IOI dan Sime Darby... merupakan satu tindakan di mana semua orang mendapat faedahnya (Win-win situation) Semua pihak bertanggungjawab kepada keamanan, kemakmuran serta kesejahteraan negara ini." Katanya.
--team berita ikdn
|