Dokumen Antik
Editor iKDN | 10 September 09 9:24pm

Namakan ia dengan nama apa pun, atau dalam pelbagai bentuk sekalipun matlamatnya hampir sama. Pasport, pas perjalanan, permit kerja, visa, permit masuk, sijil kelahiran, kad pengenalan...adalah dokumen pengenalan diri kita yang penting. Kepentingannya yang mengatasi darjah tertentu sehingga boleh menghuru-harakan hidup kita jika kita tersalah letak. Apatah lagi jika dokumen-dokumen itu hilang atau dicuri orang.

Sepanjang tempoh dua minggu temuduga taraf kewarganegaraan untuk pemohon yang dipanggil semula kerana gagal dihubungi sebelum ini pelbagai dokumen pengenalan diri dapat dilihat. Pelbagai bentuk dan warna. Ada bentuk buku kecil, poskad atau kad dan juga helaian kertas. Ada yang berbalut rapi tetapi kebanyakkannya telah lusuh, berkulat, usang dan mudah tercarik.

Dokumen ini walau telah lusuh kertasnya masih dijaga rapi oleh pemiliknya. Ada yang telah berusia melebihi setengah abad sebagai mewakili usia pemiliknya. Sudahlah lusuh,ia juga berbau hapak dan 'berkepuk'. Bagi yang kreatif , helaian kertas-kertas usang ini diberi balutan yang istimewa. Ia dilapisi dengan plastik berkualiti yang boleh dibuat di kedai.

Kita tidak mungkin terfikir untuk melihat kepelbagaian dokumen-dokumen pengenalan diri ini. Apatah lagi dalam bentuknya yang lusuh, berkulat dan relai. Ia sudah boleh diklsaifikasikan sebagi barang antik. Walau apa pun keadaan serta bentuknya,ia membawa seribu makna kepada sebuah harapan dan penantian. Dalam konteks Malaysia, pemohon-pemohon taraf kewarganegaraan ini yang datang dari seluruh benua menunggu saat dan ketikanya untuk diterima dan bergelar RAKYAT MALAYSIA. Dokumen-dokumen antik inilah yang menjadi kunci mereka.

--team berita ikdn

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami