KDN Menuju KPI
Editor iKDN | 8 September 09 8:49pm

“Berbaloi tak tidur malam. 50 peratus daripada permohonan kewarganegaraan telah selesai. Bakinya akan siap penghujung tahun ini. Itu janji saya,” kata Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa ucapannya di perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri.

Permohonan kewarganegaraan, penduduk tetap dan pendaftaran lewat kelahiran merupakan antara tiga daripada empat KPI utama Menteri Dalam Negeri. Di peringkat nasional, KPI menteri ini juga dipantau sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia.

Semasa berucap di majlis perhimpunan bulanan itu, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein kelihatan segak dengan memakai uniform kerja berwarna kelabu. Kelak, uniform ini akan dipakai oleh semua warga KDN. Kedua – dua Timbalan Menteri Dalam Menteri Y. Bhg. Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Y. B. Tuan Jelaing Anak Mersat juga dilihat memakai baju kerja tersebut. “Uniform ini sebagai tanda semangat 1KDN,” kata Menteri Dalam Negeri.

“Uniform ini juga secara tidak langsung menampilkan semangat kerjasama – esprit de corp yang kita terapkan dalam Kementerian. Saya yakin kita mampu bergerak sebagai 1Pasukan, 1KDN dalam merealisasikan 1Malaysia,” katanya.


Penyerahan Sijil MS ISO 9001:2008 kepada PDRM

Dalam majlis yang sama, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menyerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Selain itu, majlis turut diperdengarkan dengan dua lagu baru KDN ciptaan PDRM dan Jabatan Penjara Malaysia.

Semasa mengakhiri ucapan, beliau sempat menyampaikan pesanan Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri kepada semua warga KDN.

Turut hadir, Y. Bhg. Dato’ Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Y.M. Dato' Raja Azahar Raja Abdul Manap, Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan), Kementerian Dalam Negeri, Y. Bhg. Datuk Ahmad Fuad Ab. Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri dan Y. Bhg. Dato' Md Nor Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri.

--team berita ikdn.

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami