Kenyataan Dato' Seri Hishammuddin di Parlimen pada 25 Jun 2009 Editor iKDN | June 26, 09 4:32pm
Berikut ialah kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di Parlimen pada 25 Jun 2009:
MAS SELAMAT
-Kerajaan tidak mengekstradisi suspek militan Islam yang lari dari penjara Singapura, Mas Selamat Kastari ke negara itu kerana bimbang ia akan memberi ancaman keselamatan negara dan mendedahkan rakyat kepada bahaya.
-Mas Selamat terbabit aktif dengan rangkaian hubungan pengganas di seluruh dunia termasuk rantau ini dan boleh mengancam kepentingan dan keselamatan negara.
-Saya akui mengetahui secara terperinci latar belakang Mas Selamat dan kaitannya dengan rangkaian kumpulan militan di Malaysia dan rantau Asean.
-Mas Selamat ditahan di bawah ISA kerana beliau bukan sahaja mengancam kepada keselamatan Malaysia tetapi juga negara jiran yang lain seperti Singapura dan Indonesia.
-Mas Selamat akan membangkitkan semula ideologi ekstrim.
ISA
- ISA sering diberi fokus oleh pembangkang sedangkan 32 akta lain yang tidak relevan dengan keadaan semasa turut dikaji dan dipinda. Ia seperti:
Akta Kediaman Terhad 1933
Pencegahan Jenayah 1959
Akta Bahan Letupan 1957
Akta Benda-benda Kakisan dan Letupan dan Senjata Untuk Menyerang 1958
Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959
Akta Perniagaan ‘Secondhand’ 1946
Akta Keadilan Jenayah 1953
Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1960
-Berkaitan skop kajian dan pindaan, KDN semestinya akan mendapatkan pandangan pelbagai pihak seperti Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan.
-Akta itu dilihat sudah lapuk kerana ia digubal semasa darurat, konfrontasi.. di mana negara ketika itu berhadapan dengan ancaman komunis. Sungguhpun keadaan telah berubah, ancaman terhadap negara tetap wujud.
-Amalan buang daerah pesalah tegar juga akan turut dikaji. Dengan perhubungan dan teknologi komunikasi dunia hari ini yang semakin canggih, penilaian semula perlu dibuat.
iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.
Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my
Terima kasih
Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Tahukah Anda Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.