APC KDN 2008: 620 ORANG CEMERLANG
Editor iKDN | June 26, 09 1:16pm
25 Jun 2009 – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2008 disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.B. Tuan Jelaing Anak Mersat (yang mewakili Menteri Dalam Negeri). Diadakan di Auditorium Kompleks D, Putrajaya, APC merupakan acara tahunan yang meraikan penjawat awam yang cemerlang dalam bidang masing – masing.
Tahun ini, seramai 620 orang pegawai dan kakitangan yang cemerlang menerima APC KDN. Dari jumlah itu, 197 – Kementerian Dalam Negeri (KDN), 70 – Polis Diraja Malaysia (PDRM), 42 – Jabatan Penjara Malaysia (JPM), 84 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), 69 - Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPM), 29 – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), 81 – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), 22 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan 26 – Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).
Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya menyeru mereka yang diraikan dapat berkongsi sikap dan budaya kecemerlangan agar berbudaya di KDN. “Tidak ada ruginya sekiranya kita melakukan yang terbaik, walaupun tiada siapa menganggap kita sebagai wira,” kata beliau.

Ketika Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KDN
Anugerah seumpama ini diharapkan dapat diteruskan dengan warga KDN lebih bermotivasi dalam melakukan tanggungjawab yang diharapkan. Tambahan lagi, APC boleh dilihat sebagai pemangkin semangat bagi setiap warga KDN untuk melakukan yang terbaik. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Y.B. Tuan Jelaing Anak Mersat.
|