Silaturrahim Ramadhan
Editor iKDN | 28 Ogos 09 5:08pm
Bulan Puasa bukan semata bulan ibadah penuh keberkatan tapi bulan untuk merapatkan silaturrahim. Mengambil peluang itu, Bahagian Khidmat Pengurusan, KDN, telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa KDN. Majlis ini menjadi lebih istimewa dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein yang diiringi oleh isteri YM Tengku Marsila Tengku Abdullah.

YB MDN sedang beramah mersa bersama staf Penjara Malaysia
Tidak ketinggalan ialah kehadiran Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman b Yusop. Pengurusan Tertinggi KDN yang lain ialah Ketua Setiausaha Dato' Sri Mahmood b. Adam dan Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha. Ketua jabatan dan agensi dalam KDN juga antara tamu kehormat.

Kehadiran YB MDN memeriahkan majlis berbuka
Segak dengan baju Melayu pink, Dato' Seri Hisham menjenguk dari meja ke meja beramah mesra dengan warga KDN yang hadir di majlis berbuka puasa itu. Warga KDN baik yang bertugas di kementerian, jabatan atau agensi hadir walau dengan pakaian kerja dan seragam masing-masing.

Warga KDN sedang mengambil juadah tuk berbuka-bihun soto
Menu berbuka puasa ialah nasi beriani, laksa johor, bubur lambuk, rojak pasembur, soto, mihun sup..memang menyelerakan. tetapi menu itu menjadi lebih bermakna dapat berbuka puasa bersama Menteri Dalam Negeri dan isteri. Terima Kasih daun keladi tahun depan kita buat lagi.
--team berita ikdn |