TMDN DI “HOT SPOT”
Editor iKDN | 26 Ogos 09 12:35am

Dalam usaha memerangi Jenayah Jalanan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.B. Datuk Wira Abu Seman Yusop baru – baru ini telah melawat kawasan panas di sekitar Kuala Lumpur pada 20 Ogos 2009.

Ia berikutan pengenalpastian kawasan ‘Hotspots’ di empat (4) buah negeri yang mencatatkan kadar jenayah tertinggi iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Lawatan sulung yang dibuat oleh beliau ini melibatkan kawasan Sea Park, Petaling Jaya.

Satu sidang media telah diadakan bagi memberi penjelasan lanjut berkenaan jenayah jalanan kepada media. “Untuk pengetahuan semua, pihak Balai Polis Sea Park telah mengesahkan bahawa hasil usahasama ini telah berjaya mencatatkan pengurangan jenayah sebayak 30%,” jelas beliau.

Seramai 133 orang Polis Sukarela bekerjasama dengan anggota PDRM untuk mengawasi dan membuat rondaan di kawasan ‘Hot Spot’ terbabit. “Usahasama PDRM dan Polis Sukarela dalam menangani isu jenayah jalanan ini harus dipuji dan dicontohi,” katanya lagi.


YB Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika sidang media

Selepas sidang media, beliau sempat beramah mesra dengan penduduk setempat yang nyata berpuas hati dengan kehadiran polis di kawasan mereka. “Saya rasa selamat. Sangat berpuas hati apabila ada kehadiran polis yang bertugas selama 8 jam secara bergilir – gilir di sini. Bila peragut nampak Kanopi Kit Base ni, mereka takut ke sini” kata En. Ali yang merupakan seorang penduduk di kawasan SS2/10. Beliau menyatakan bahawa turut merasai perbezaan setelah ada anggota polis datang bertugas di sekitar kawasan tersebut.

Dalam lawatan tersebut, Y.B. Datuk Wira Abu Seman Yusop sempat melawat sekatan jalan raya di SS2/2. Sekatan jalan raya ini dibuat bertujuan untuk memeriksa kenderaan yang mencurigakan yang melalui kawasan tersebut.

Sebelum ini, lawatan seumpama telah diadakan oleh Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri di hot spot Chow Kit dan Y.B. Tuan Jelaing Anak Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Diharap dengan usaha bersepadu ini, jumlah Jenayah Jalanan akan dapat dikurangkan di samping mewujudkan hubungan yang baik antara PDRM dan penduduk setempat.

--team berita ikdn

 

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami