RELA Laksana Satu Tugas Baharu
Editor iKDN | 24 Ogos 09 12:18pm

SUNGAI UDANG – RELA telah diberi kepercayaan untuk membantu polis bagi mengurangkan kejadian jenayah jalanan seperti ragut dan rogol mulai pertengahan Ogos ini.

Buat masa ini, hanya empat negeri dipilih dan sebanyak 157 kawasan panas telah dikenal pasti sering berlakunya kejadian-kejadian seumpama ini. Negeri terbabit adalah Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Ketua Pengarah RELA, Dato’ Zaidon Haji Asmuni ketika berucap menutup Kursus Bantuan Khas RELA (PBKR) berkata, dalam sesi pemilihan fasa pertama yang diadakan baru-baru ini, hanya 142 anggota RELA terpilih untuk menjalani latihan selama dua minggu yang bermula awal Ogos nanti.

Katanya, penugasan baru ini amat dialu-alukan kerana ia menunjukkan bahawa kerajaan masih menaruh kepercayaan dan mengiktiraf kemampuan pasukan ini.

Menurutnya lagi, anggota-anggota yang tidak terpilih digesa agar tidak kecewa kerana pihak polis sedia untuk melonggarkan syarat pengambilan di samping mengalu-alukan sumbangan orang ramai termasuk anggoa RELA bagi membatu mereka.

Dato’ Zaidon mahukan supaya anggota-anggota RELA yang telah mempunyai pekerjaan tetap agar tidak bimbang jika mereka terpilih kerana ia tidak menjadi mereka untuk meneruskan sumbangan mereka itu.

”Sebagai mana yang ada hari ini, tugas baru ini nanti tidak akan menjejaskan kerjaya masing-masing kerana ia dijalankan pada waktu-waktu malam atau hujung minggu. Tiada timbul nanti isu membabitkan gangguan kepada mereka yang berkerjaya,”

Seramai 95 anggota zon selatan berjaya menamatkan kursus sepuluh hari ini diadakan di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan (PLRWS) di sini menekan aspek ketahanan mental dan fizikal. Ia termasuk teori dan praktikal menyelamat di air, mengawal dan memadam kebakaran, seni pertahanan diri dan latihan lasak di hutan.

Menurutnya, tugas baru ini dianggap sebagai satu pendekatan baru kerana anggota-anggoa Rela terpilih akan berpakaian polis sukarela (SP) dan keluar meronda bersama-sama anggota polis dan anggota JPAM.

” Walaupun sebelum ini RELA sering membantu polis mencegah jenayah jalanan seperti di Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu, namun pendekatan terbaharu ini dianggap lebih mencabar kerana sebanyak 157 kawasan panas di empat negeri perlu dipantau agar kejadian jenayah jalanan yang sering berlaku disini dapat dikawal atau dikurangkan.

Hadir sama, Komandan PLRWS, Alias Md Jali, Pengarah Operasi, Zulkifli Abidin, Pengarah Kewangan, Bahariyah Mombari dan Pengarah Pengurusan, Mat Sor Udin serta semua Pengarah RELA Negeri zon selatan.

Menurut Dato’ Zaidon lagi, anggota-anggota yang terpilih perlu menjaga bukan sahaja imej baik Polis malah nama baik RELA sendiri.

” Kita nanti akan sentiasa diperhatikan orang ramai dan setiap tindakan kita itu akan menjadik topik perbualan ramai. Saya mahukan agar prestasi dan nama baik sentiasa dijaga, ” pesannya.

Empat peserta yang mewakili Selangor muncul juara bagi kategori masing-masing iaitu kategori jasmani yang dimenangi Devinthiran Rajendran, kategori latihan luar, Mohd. Johari Razali, kategori menembak, Mustahri Morshidi dan kategori ketabahan disandang, Rosmilah Jamaluddin.

Peserta Melaka, Mohd. Hamizan Md. Jani pula muncul peserta terbaik keseluruhan kursus ini. Hadiah-hadiah disampaikan Dato’ Zaidon. Di majlis ini, beliau juga menyerahkan kenderaan Perodua Kembara untuk kegunaan Pejabat RELA Daerah Ledang.

--team berita ikdn

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami