Bicara ISA di TV1
Editor iKDN | 23 Ogos 09 9:52am
Isu ISA sememangnya tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Ia cepat dan mudah menarik perhatian orang ramai. Dalam banyak-banyak akta pencegahan keganasan, Tidak keterlaluan dikatakan ISA menduduki tangan teratas. Dengan segala macam kemudahan dunia komunikasi hari ini, apa juga perkara yang bersabit dengan topik ISA cepat tersebar. Apa yang malangnya maklumat yang tersebar ialah maklumat yang membawa mesej propaganga dan menyelewengkan pemikiran rakyat.

Bicara ISA di TV1. Gambar Sumbangan RTM
Pemikiran rakyat yang diracuni amat berbahaya. Ia akan membawa padah kepada rakyat majoriti yang lain. Ia akan membawa padah kepada sektor ekonomi negara. Huru hara yang timbul berkait dengan perjuangan memasnuhkan ISA akan melarat kepada perkara yang lain pula. Perhimpunan Haram 1 Ogos baru-baru ini adalah satu contohnya. Kuala Lumpur lumpuh dan golongan perniaga kerugian berjuta-juta ringgit. Dan pada ketika itu dapt kita lihat kumpulan pendokong perhimpunan itu seperti mahu lepas tangan pula. Sungguh mereka tidak bertanggungjawab.
Bahkan tugas memperbaiki kemudahan awam dibebankan pula kepada Kerajaan. Kemanakah perginya kumpulan yang kononnya berjuang untuk rakyat? Masakan mereka tidak tahu malu untuk mengambil tanggunjawab di atas kemusnahan, kerugian dan kerosakan itu? Mereka cuci tangan selepas itu. Tidakkah penyokong mereka merasa tertipu dan dipergunakan?

Gambar Sumbangan RTM
Ibarat menjernihkan air yang keruh, RTM melalui rancangan Bicara Isu di TV1 telah menjemput dua wakil dari Kementerian Dalam Negeri untuk membicarakan isu mengenai ISA iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Keselamatan) Datuk Ahmad Fuad B. Abd Aziz dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail b. Haji Omar . Rancangan itu yang telahpun ke udara pada jam 9.00 malam Jumaat 21 Ogos disiarkan secara langsung. Ia diperantarakan oleh Encik Dahalan Maamor, bekas pengacara dari TV3 dan BernamaTV.

Bicara ISA di TV1. Gambar Sumbangan RTM
Antara lain rancangan berkenaan menyentuh mengenai apakah motif sebenar di sebalik penganjuran perhimpunan haram itu, mengapa mereka masih mengambil tindakan keras kepala walhal kerajaan telah pun berjanji untuk menyemak ISA, masih relevan lagikah ISA dalam konteks Malaysia hari ini serta banyak lagi.
Rancangan berkenaan juga turut disertai oleh YB Datuk Ibrahim Ali, seorang bekas tahanan ISA sebanyak dua kali. Beliau secara ikhlas mengakui ISA masih diperlukan untuk Malaysia. Bahkan beliau berpendapat tindakan Kerajaan untuk tidak memberikan permit kepada perhimpunan 1 Ogos yang lalu adalah tepat kerana dikhuatiri akan melarat kepada pertembungan perkauman. I akan berlaku apabila wujudnya provokasi oleh pihak-pihak tertentu.

Datuk Ahmad Fuad B. Abd Aziz dan Tan Sri Ismail B. Haji Omar.
Gambar Sumbangan RTM
Sudah tentu sesi penerangan pihak Kerajaan tidak akan berakhir di situ demi memastikan maklumat sebenar disampaikan kepada rakyat. Rakyat pula jangan membiarkan diri mereka menjadi kuda kayu di atas cita-cita politik individu tertentu.
--team berita ikdn |