Ihya Ramadhan
Editor iKDN | 23 Ogos 09 9:29am

Bahagian Sumber Manusia menjemput seluruh warga Kementerian Dalam Negeri untuk memeriahkan bulan Ramadhan yang indah ini dengan menghadirkan diri ke Program Ihya Ramadhan. Majlis yang akan berlangsung pada 25 Ogos ini akan bermula jam 10.00 pagi bertempat di Auditorium Aras 5 Blok D8, Kompleks D, Putrajaya.

Datuk Haji Abu Hassan Din Al Hafiz yang merupakan tetamu kehormat akan menyampaikan ceramah bertajuk Keberkatan Bulan Ramadhan. Program ceramah ini dilihat bersesuaian bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia sebagai platform terbaik untuk membentuk keperibadian diri penjawat awam yang cemerlang dan terpuji.

300 warga KDN telah dijemput ke program ini.

--team berita ikdn

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami