Kem Tahanan ISA
Editor iKDN | 21 Ogos 09 7:47am
20 Ogos 2009 pasti menjadi tarikh penting dalam sejarah kerjaya seorang pengamal media. Buat julung kalinya mereka berpeluang untuk melawat Kem Tahanan Kamunting (KEMTA) yang menempatkan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Seramai 25 orang wartawan kanan dan Pengarang media cetak utama negara ini menyertainya.

Pintu masuk Kem Tahanan Kamunting (KEMTA)
Mereka dibawa melawat ke ruang pertemuan antara Orang Kena Tahan (OKT) ISA dengan keluarga atau peguam mereka. Juga blok di mana OKT ISA tinggal. Kumpulan pelawat media ini diberi penerangan yang teliti dan mendalam. Bahkan mereka juga ditunjjukan dorm di mana OKT ISA ditempatkan.
Kumpulan media ini berpeluang untuk melihat katil dan peralatan lain yang dibekalkan kepada OKT ISA.
Sesi taklimat oleh pihak kem tahanan memberi lebih maklumat kepada kumpulan media ini. Mereka diberi penerangan tentang prosidur pemeriksaan, hak-hak OKT ISA, menu sajian, jadual aktiviti dan beberapa maklumat lain yang ternyata sebelum ini tidak diketahui oleh mereka.
Sesi soal jawab menyaksikan lebih dari 30 soalan diutarakan kepada pihak kem. Kesemuanya dijawab secara telus dan langsung oleh pihak kem. Dari soalan-soalan itu dapat disimpulkan tanggapan negatif kepada ISA adalah berpunca dari kurangnya pengetahuan mereka kepada maklumat sebenar.

Wartawan kanan dan pengaran media cetak utama menyertainya
Antara soalan yang ditanya ialah siapakah yang paling lama ditahan dalam sejarah ISA, apakah kesalahan mereka, mengapa pendakwaan di mahkamah tidak dilakukan, siapakah lembaga penilai ISA, pengasingan OKT ISA yang ganas serta banyak lagi soalan. Jawaban kepada soalan-soalan berkenaan akan ditulis oleh wartawan-wartawan berkenaan di media masing-masing sedikit masa lagi.
Inilah lawatan pertama yang dilakukan oleh Kumpulan Media dan inilah juga kunjungan pertama yang diterima oleh KEMTA dari media. Permohonan ini dibuat oleh pengamal media kepada KDN ketika menghadiri Diskusi Media-KDN Bil 05/09 baru-baru ini. Diskusi ini adalah pertemuan bulanan untuk kedua-dua belah pihak saling memahami bidang tugas masing-masing.
--team berita ikdn |