“ Pil Kuda Popular” – Abu Seman
Editor iKDN | 20 Ogos 09 1:34am

Kelantan – Timbalan Menteri Dalam Negeri Y.B Datuk Wira Abu Seman b. Yusop telah mengadakan lawatan rasmi ke PUSPEN pada 10 Ogos yang lalu. Lawatan rasmi tersebut merupakan siri lawatan Y.B Datuk Wira ke AADK Negeri dan PUSPEN seluruh negara. Beliau turut mempengerusikan Mesyuarat MTMD Negeri Kelantan pada 11 Ogos di AADK Negeri. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat status pelaksanaan program dan aktiviti antidadah yang telah dijalankan oleh AADK Negeri dan PUSPEN.

Y.B Timbalan Menteri mengatakan bahawa di Kelantan dadah sintetik ataupun PIL KUDA amat popular. Manakala di Sabah popular dengan dadah jenis Syabu. Pengambilan dadah ini mendorong dalam perlakuan keganasan dan juga kecenderungan perlakuan jenayah. Indeks jenayah menunjukkan 20 peratus daripada 40,000 kes jenayah disebabkan oleh penagih dadah jenis sintetik.

Y.B Timbalan Menteri menjelaskan bahawa perlaksanaan program-program pencegahan dan kesedaran tentang bahaya ancaman dadah merupakan satu kaedah yang terbaik bagi mengatasi gejala dadah di negara ini. AADK bertanggungjawab melaksanakan pendekatan Matrik untuk rawatan dan pemulihan penagih.

Masalah hidu gam agak sukar dibendung kerana pada masa sekarang tidak ada undang-undang khusus untuk membanterasnya. Y.B Timbalan Menteri menyeru agar komitmen dan kerjasama ibu bapa diberikan kerana ia amat penting dan merupakan jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Walau bagaimanapun AADK telah menghantar satu draf undang-undang bersabit hidu gam.

Lawatan ini memberi peluang kepada pegawai-pegawai AADK Negeri, daerah dan PUSPEN untuk menjalin hubungan dan kemesraan di samping dapat berinteraksi sendiri dengan Y.B Timbalan Menteri mengenai pelbagai isu dan cabaran dalam usha memerangi masalah dadah.

--team berita ikdn/rela

 

 

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami