Latihan Menembak Oleh Penguatkuasa BKF
Editor iKDN | 20 Ogos 09 1:34am
Gunung Bachok, Kelantan, 6 Ogos 2009 - Cawangan Kelantan Bahagian Kawalan Filem, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan program latihan menembak peringkat Zon Timur bagi pegawai-pegawai penguatkuasa, bertempat di Lapang Sasar PDRM, Gunung Bachok, Kelantan.
Menurut Timbalan Ketua Cawangan Kelantan, Ahmad Nasrul Bin Jalaludin, program tersebut diadakan untuk memberi latihan menembak dan ujian kemahiran dalam pengendalian senjata api kepada pegawai-pegawai penguatkuasa. Program ini telah mendapat kebenaran daripada Ketua Polis Kelantan serta kerjasama dan bantuan jurulatih Bahagian Persenjataan. Ibu Perjabat Polis Daerah Kota Bharu, Kelantan.
Seramai 50 orang pegawai penguatkuasa dari BKF Cawangan Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Pulau Pinang menyertai latihan menembak tersebut. Turut hadir adalah KPSU (KF) Unit Penguatkuasa dan seterusnya merasmikan acara penutup bagi program tersebut.
Latihan menembak adalah salah satu latihan yang penting bagi penguatkuasa-penguatkuasa di seluruh cawangan dalam melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Penapisan Filem 2002.
--team berita ikdn
|