Penambahbaikkan Pasukan Sukarelawan Polis
Editor iKDN | 14 Ogos 09 2:43pm

YB Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri


YB Datuk Seri,

Beberapa pandangan dan cadangan untuk pertimbangan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

1. Mobilasikan pegawai/anggota Sukarelawan Polis sebagai anggota tetap PDRM. Berdasarkan peruntukkan undang-undang Ketua Polis Negara mempunyai kuasa mobilasikan PVR pada masa-masa tertentu mengikut keperluan semasa Kementerian Dalam Negeri. *Kepada anggota yang berminat diberi peluang berdasarkan perkhidmatannya dalam PVR.

2. Perbezaan diantara anggota Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (6 bulan latihan tempatan) dengan anggota Polis Sukarelawan RELA & JPAM (2 Minggu) perlu diketarakan kerana latihan yang dijalani oleh kedua-dua pasukan berbeza. Ianya bagi mengelakkan sebarang keraguan kepada orang awam.

3. Kebajikan dan keperluan logistik kegunaan tugas rasmi PDRM kepada anggota Sukarelawan Polis juga perlu dititik beratkan oleh pihak KDN/PDRM.

4. Kelewatan pembayaran elaun tugas PVR perlu ditangani dengan segera bagi mengungkit semangat untuk hadir tugas.


Sekian, terima kasih,

SALAM SATU MALAYSIA

Yathin

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami