Unit Bergerak Kad Pengenalan
Editor iKDN | June 24, 09 1:50pm
Demi memastikan rakyat Malaysia mempunyai kad pengenalan, Jabatan Pedaftaran Negara Malaysia (JPN) telah mewujudkan Unit Bergerak Kad Pengenalan.
Dilancarkan pada Disember 2002, Unit Bergerak ini menggunakan bas khas untuk ke lokasi –lokasi seperti rumah orang tua, penjara, pusat serenti, perkampungan orang asli dan orang perseorangan (OKU). Bahkan, Unit Bergerak ini juga akan pergi ke kawasan pendalaman yang jauh.
Bas Unit bergerak sebelum ini hanya mampu menyediakan empat meja kaunter sahaja. Sungguhpun menyediakan perkhidmatan secara online, ianya tidak dapat menampung keperluan orang ramai. Sehubungan itu, unit ini turut memperkenalkan penggunaan laptop yang dibuat secara offline dan tambahan meja kaunter dibuka.
Kad pengenalan yang dipohon melalui Unit Bergerak Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia (JPNM) ini hanya mengambil masa 10 hari hingga sebulan untuk disiapkan. Ia bergantung kepada cara aplikasi samada secara online ataupun offline. Setelah siap, pemilik kad pengenalan tersebut akan dihubungi melalui pos. Kad pengenalan yang telah siap boleh dituntut di cawangan JPN yang terdekat.
Unit ini akan pergi ke Gua Musang, Kelantan pada 28 hingga 30 Jun 2009.
|